Wednesday, 22 July 2009
Thursday, 28 May 2009
Saturday, 9 May 2009
Kemahiran Belajar
Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecermerlangan ataupun belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar. | |
2. | Pengurusan Diri |
Para pelajar mestilah boleh menguruskan diri sendiri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang stabil. Pelajar perlu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu. | |
3. | Pengurusan Masa |
Pelajar mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Pelajar juga mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang. | |
4. | Kemahiran Merancang |
Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. | |
5. | Kemahiran Berfikir |
Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti berfikiran secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan. | |
6. | Kemahiran Belajar |
Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik. | |
7. | Kemahiran Membaca |
Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca.Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin. | |
8. | Kemahiran Membuat Nota |
Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama. | |
9. | Kemahiran Menyelidik |
Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku- buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya. | |
10. | Kemahiran Menyampaikan |
Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan. | |
11. | Teknik Peperiksaan |
Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan. | |
12. | Kemahiran Menilai |
Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.(drp. My schoolnet) |
Posted by Feq at 07:41 1 comments
Wednesday, 22 April 2009
Tan Sri Muhyiddin ke Sekolahku
Kira-kira jam 10.30 am 23hb April 2009, TPM yg juga Menteri Pelajaran telah berkunjung ke sekolahku, SMKSI bagi melihat beberapa kerosakan fizikal sekolahku. Kelas aku antara 10 buah kelas yang terpilih untuk bertemu dengannya di dewan sekolah.
Buletin Utama pada malamnya turut menyiarkan berita mengenai kunjungan tersebut. Gambar saya berdiri di sebelah Tan Sri pun ada, kira-kira jam 8.15 pm berita itu disiarkan TV3
Posted by Feq at 23:38 0 comments
Saturday, 18 April 2009
Friday, 27 March 2009
Seorang Manusia...
1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .
2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.
3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
7 . Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh kena sebut alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus…. bukan sebut pardon me or excuse me..)
12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
16 . Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.
Posted by Feq at 06:49 0 comments
Thursday, 19 March 2009
Melaka Bandaraya Bersejarah
Selepas penawanan Portugis
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
Posted by Feq at 04:32 0 comments
Saturday, 28 February 2009
Sungai Lembing Tin Mines
Once a glorious town that was bustling all the time, Sungai Lembing has come a long way. The river water and rainfall gather into a basin in this unique valley where huge quantities of tin ore have been found. This kind of volume made commercial mining viable in the area.
Back in the days after WWII, demand for tin was high and the British miners, wanting to make the most of it, dug and dug and finally reached depths of almost 600m!
This alone is a notable achievement.
Along with hard work at the tin mines, the townsfolk also knew how to party hearty and have fun! Cheap alcohol and great nightlife were available at Sungai Lembing during the 1950s.
The success of the town lasted 20 years but came to an abrupt end when recession hit in the 1970s.
Today the mines are closed and the shafts have been flooded. Nothing much is left except for the town square, some shops and a single lonely red British postbox.
While the town is still open to visitors, it is plain that Sungai Lembing has seen a great deal and will never be the same again.
Give us your views on what must be tried, seen, eaten, or just say something about this place.
Posted by Feq at 08:10 0 comments